SK PUTRA

SK PUTRA

Sunday, October 4, 2020

SEJARAH SEKOLAH SK PUTRA

Sekolah Kebangsaan Putra pada mulanya telah dibina di Kampung Simpang Pertang  pada tahun 1963. Sekolah ini pada asalnya diasaskan oleh Pelindong Orang Asli, yang kini dikenali dengan nama Jabatan Kemajuan Orang Asli(JAKOA).

   Memandangkan penduduk Simpang Pertang tidak ramai dan kebanyakan murid-murid ramai di Kampung Air Baning, maka pada tahun 1964 sekolah ini dipindahkan ke Kampung Air Baning. Asrama juga turut dibina bagi menempatkan murid yang datang dari Kampung Simpang Pertang, Kampung Parit Gong, Kampung Langkap dan penduduk orang asli di kawasan Jelebu dan sempadan Pahang-Negeri Sembilan.

  Bangunan sekolah ini mulanya dibina daripada papan. Tenaga pengajarnya pula terdiri dari kakitangan Pelindong Orang Asli. Bangunan ini diperbaiki dari semasa ke semasa dan diambil alih oleh  Kementerian Pendidikan Malaysia Pada 29 April 1967. Sekolah Kebangsaan Air Baning telah  dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang Pertama.

Sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Kampung Putra bersempena nama beliau.

Pada tahun 2000, bangunan baru telah dibina di tapak sekarang. Bangunan baru mula diduduki pada awal sessi persekolahan tahun 2002. Pada tahun 2007, bangunan tambahan dan kantin sekolah dibina dan siap untuk digunakan pada tahun 2009. Sekolah ini kini lengkap dengan pelbagai peralatan bantuan mengajar.  

Bangunan asramanya juga terdiri dari pada 2 blok bangunan Aspura & Aspuri yang dibina daripada simen  bagi menggantikan asrama papan yang sedia ada. Sekolah ini kini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan  Putra.




No comments:

Post a Comment

RANGKUMAN PROGRAM BULAN SEPTEMBER 2020

 1- PERTANDINGAN SEMPENA BULAN KEBANGSAAN. 2 SEPTEMBER 2020 2- ZIARAH CAKNA HDAYAH EMILIA, JENI & MAYA . 10 SEPTEMBER 2020 3- MAJLIS PE...